Friday, February 5, 2010

Selamat Bermula

Selamat sejahtera kepada semua rakyat Malaysia tidak kira India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban, Sikh dan sebagainya lagi. Dalam dunia yang sangat kecoh-kecoh tentang isu perkauman, aku di sini ingin mengeratkan kembali ikatan persahabatan di antara semua kaum di Malaysia ini, tidak kira apa bangsa, agama atau pun budaya kita semua 1 Malaysia seperti yang di laungkan oleh Perdana Menteri kita Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak.

Hari ini aku sangat bersyukur kerana telah berjaya untuk memulakan projek aku yang kedua dalam dunia blog ini. Sudah lama aku menyusun strategi untuk menghasilkan sebuah blog yang lebih berinformasi dan dapat menarik minat masyarakat untuk membaca. Blog ku yang terdahulu adalah mengenai dunia seni skateboarding di mana pelbagai rencana, informasi dan nukilan aku dalam dunia skateboard telah aku cungkilkan dalam bentuk tulisan di internet. Aku tidak berasa rugi untuk berkongsi idea dan pengalaman aku bersama masyarakat luar, bahkan aku lebih bersemangat untuk mengharungi hidup ini dan mencari unsur-unsur yang baru.

Blog aku kali ini adalah mengenai filem-filem di Malaysia dan luar negara. Review aku dalam blog ini adalah mengenai sinopsis filem tersebut, di sebalik tabir pembikinan filem itu dan lain-lain fakta yang aku terima.

Aku harap projek blog aku kali ini akan pasti lebih berjaya berbanding yang terdahulu. Kepada semua pembaca doa-doakanlah kejayaan aku dalam industri ini.

No comments:

Post a Comment