Sunday, February 7, 2010

Pisau Cukur


Filem review aku kali ini ialah mengenai filem terbitan Primeworks & Redfilms iaitu "Pisau Cukur". Ia sebuah filem mengisahkan dua orang gadis pisau cukur iaitu Intan ( Nur Fazura) & Bella (Maya Karin) yang telah mengikuti pelayaran di atas sebuah kapal mewah dengan tujuan untuk bercuti dan mencari jodoh untuk Bella. Intan mengajak bella bercuti bersama-samanya kerana boyfriendsnya Datuk Salleh tidak dapat bersamanya kerana isteri pertama beliau telah sedar dari koma di Bangkok, Thailand.

Ketika dalam pelayaran mereka, Bella & Intan telah bertemua Datuk Zakaria (Dato' Rahim Razali) yang juga sedang bercuti di atas kapal tersebut bersama keluarganya. Kisahnya bermula apabila Intan bertemu dengan seorang detektif iaitu Ari (Aaron Aziz) yang pernah mengekorinya setelah diupah oleh seorang Datin iaitu isteri Dato' Salleh.

Ketika berada di dalam pelayaran, satu kejadian telah menimpa keluarga Datuk Zakaria apabila Datuk Zakaria telah meninggal dunia & dipercayai dibunuh dengan dengan cara diracuni. Intan yang berkerja sebagai personaliti tv dan sedang mengacarakan sebuah rancangan "Jejak Jenayah" mahu membuktikan kepada semua masyarakat bahawa dia bukan sekadar mampu mengacarakan rancangan seperti itu sahaja, bahkan mampu menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan jenayah. Intan bersama Ari telah melakukan penyiasatan tentang kes pembunuhan Datuk Zakaria.

Ketika Intan & Ari menyiasat kes pembunuhan itu, Bella telah terjumpa calon suaminya iaitu Datuk Hisham (Eizlan Yusuf). Datuk Hisham mengikuti pelayaran itu bersama kakaknya dan mahu menenangkan fikiran setelah baru kematian isteri tercintanya. Bella telah bertemu Datuk Hisham dan ketika menikmati makan malam, terdapat satu pemgumuman tentang satu pertandingan menari akan diadakan pada malam terakhir di atas kapal tersebut. Datuk Hisham meman minat menari dan Bella ingin mengambil hati Datuk Hisham dengan mengajak Datuk Hisham memasuki pertandingan itu. Tetapi Bella tidak pandai menari dan tarikh pertandingan itu semakin singkat, Bella telah berjumpa Faqir (Redza Minhat) untuk meminta tolong Faqir mengajarnya menari.

Nak tau apa akan terjadi kepada Intan & Ari dalam penyiasatan kes bunuh Datuk Zakaria dan Pertandingan menari di antara Datuk Hisham & Bella? Tengok la sendiri! Aku just tulis sikit-sikit jer, bukan nak buat novel! hihihihi...

Pelakon :
Nur Fazura
Maya karin
Aaron Aziz
Redza Mirhat
Eizlan Yusuf

Pelakon Pembantu :
Dato' Rahim Razali
Khatijah Tan
Ummi Aida
Syarifah Sofia
Liyana Jasmay
Nas-T

Penampilan Khas :
Afdlin Shauki
Nabil Raja Lawak
Radhi Khalid
Norman KRU
Kartini Arifin
Nabila Huda

Saturday, February 6, 2010

Sherlock Holmes

Review aku kali ini ialah tentang filem barat iaitu filem "Sherlock Holmes". Sebuah filem yang mengisahkan dua orang penyiasat iaitu Holmes & Watson untuk membongkarkan satu rahsia mengenai satu kumpulan yang mahu menguasai Britain pada suatu ketika dahulu dengan mengunakan teknologi sains dan menipu semua ahli parlimen dengan mengatakan mereka mempunyai kuasa sihir.

Tugas Holmes & Watson yang sentiasa berkerjasama dan mereka mempunyai idea yang bernas dalam menyelesaikan tugas mereka ini. Dalam filem ini, aksi komedi turut ditampilkan dalam bentuk gerak tubuh dan percakapan yang selamber.

Artis : Robert Downey, Jude Law, Rachel McAdams, Eddie Marsan
Director : Guy Ritchie
Studio : Warner Bros.
Genre : Action / Adventures / Crime / Mystery / Thriller

Friday, February 5, 2010

Selamat Bermula

Selamat sejahtera kepada semua rakyat Malaysia tidak kira India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban, Sikh dan sebagainya lagi. Dalam dunia yang sangat kecoh-kecoh tentang isu perkauman, aku di sini ingin mengeratkan kembali ikatan persahabatan di antara semua kaum di Malaysia ini, tidak kira apa bangsa, agama atau pun budaya kita semua 1 Malaysia seperti yang di laungkan oleh Perdana Menteri kita Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak.

Hari ini aku sangat bersyukur kerana telah berjaya untuk memulakan projek aku yang kedua dalam dunia blog ini. Sudah lama aku menyusun strategi untuk menghasilkan sebuah blog yang lebih berinformasi dan dapat menarik minat masyarakat untuk membaca. Blog ku yang terdahulu adalah mengenai dunia seni skateboarding di mana pelbagai rencana, informasi dan nukilan aku dalam dunia skateboard telah aku cungkilkan dalam bentuk tulisan di internet. Aku tidak berasa rugi untuk berkongsi idea dan pengalaman aku bersama masyarakat luar, bahkan aku lebih bersemangat untuk mengharungi hidup ini dan mencari unsur-unsur yang baru.

Blog aku kali ini adalah mengenai filem-filem di Malaysia dan luar negara. Review aku dalam blog ini adalah mengenai sinopsis filem tersebut, di sebalik tabir pembikinan filem itu dan lain-lain fakta yang aku terima.

Aku harap projek blog aku kali ini akan pasti lebih berjaya berbanding yang terdahulu. Kepada semua pembaca doa-doakanlah kejayaan aku dalam industri ini.